Khasiat Ulam

Amalan kesihatan makan ulam atau sayur-sayuran mentah boleh membuatkan seseorang awet muda. Ulam mengandungi banyak bahan antioksidan untuk menghalang tindakan radikal bebas yang boleh merosakkan sel. Kebanyakan ulam kaya vitamin dan mineral seperti kalsium, fosfurus, zat besi dan kalium.

antioksidan:
  • pegaga, selom dan ulam raja
kesihatan mata:
  • Lobak merah

Komposisi makanan yang disarankan:
  • 60% sayur-sayuran
  • 20% buah-buahan
  • 10% sumber karbohidrat dan
  • 10% lagi protein.

Sayur-sayuran berwarna hijau mengandungi enzim, mineral, antioksidan dan bersifat alkali. Enzim dalam tumbuh-tumbuhan sangat penting untuk mencegah kanser.

Buatlah pilihan yang bijak dan pastikan setiap kali anda makan, luangkan separuh pinggan untuk sayur-sayuran dan buah-buahan.

Namun jika memasak sayur, janganlah terlalu lama kerana semua vitamin akan musnah dan yang tinggal hanyalah serat.


NASIHAT DAN PANDUAN DARIPADA DOKTOR PATUT DIUTAMAKAN DALAM KITA MENJALANI DIET

Pengikut