Pelajar Cemerlang 3

Cara menguasai teknik pembelajaran:
  1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri.
  2. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.
  3. Terlibat secara aktif semasa proses pembelajaran.
  4. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari.
  5. Menyiapkan kerja rumah yang telah diberi oleh guru dalam tempoh yang ditetapkan.
  6. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) yang inginkan kejayaan dalam peperiksaan.
  7. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.
  8. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.
  9. Latih tubi ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) sebagai pengukuhan pembelajaran.
  10. Menyediakan jadual belajar sendiri dan perlu dipatuhi.
  11. Menguasai teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
  12. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu.
  13. Mencontohi pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan.
  14. Tampal gambar idola yang cemerlang dalam peperiksaan dalam bilik belajar.

Pengikut